Netmarble tunjuk gameplay Solo Leveling Arise, akan dilancarkan tahun depan

Solo Leveling adalah satu fenomena dalam kalangan penggemar manhwa. Seiring dengan popularitinya, pembangun Korea Selatan, Netmarble akhirnya menunjukkan gameplay permainan mudah alih Solo Leveling yang akan dilancarkan tahun depan.

Dengan konsep aksi RPG hack n slash, ia mempunnyai ciri-ciri popular di permainan mudah alih iaitu bertemakan Dungeon.

Berdasarkan laporan dari gamerwk, anda hanya boleh gunakan satu karakter dan karakter lain hanya akan berubah menjadi bantuan untuk melaksanakan kombo.

Menurut laporan itu lagi, akan ada mod PvE yang mengikuti jalan cerita manhwa, Hunter Mode serta Time Attack. Bagi yang gemar PVP, anda boleh mainkan mod itu juga nanti bagi mendaki ranking tertinggi.

Buat masa ini belum ada tarikh pelancaran namun ia pastinya akan tiba di Korea Selatan terlebih dulu pada tahun depan di platform PC, Android dan iOS sebelum dilancarkan ke rantau lain.

 

RELATED NEWS

+