Netmarble Umumkan MMORPG Marvel Future Revolution

Netmarble merupakan studio pembangun permainan video mudah alih yang terkenal dengan judul seperti Marvel Future Fight. Baru-baru ini, mereka mengumumkan satu lagi permainan video yang diadaptasi dari dunia buku komik Marvel.

Di acara PAX East 2020 yang berlangsung di Boston, Massachusetts, Netmarble mengumumkan Marvel Future Revolution iaitu sebuah massively multiplayer online role-playing game (MMORPG) baru untuk peranti mudah alih.

Permainan MMORPG membenarkan para pemain untuk berjumpa dan bermain bersama-sama dalam dunia terbuka (open world) permainan video tersebut.

Dalam Marvel Future Revolution, pemain akan mengawal adiwira dari dunia Marvel seperti Captain America, Doctor Strange, Spider-Man, Ms. Marvel, dan ramai lagi.

Pada waktu ini, Netmarble belum mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan video ini. Untuk mendapatkan berita terkini, anda boleh daftarkan emel anda di laman rasmi Marvel Future Revolution.

Sumber: CBR

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+