New World mencatat rekod pada hari pertama pelancaran, lebih 200,000 pemain serentak

Meskipun baru hari pertama, New World sudah mencatat rekod menjadi permainan paling banyak dimainkan sepanjang 2021 di platform Steam.

Bukan sahaja menjadi permainan MMO oleh Amazon Games yang paling banyak dimainkan, bahkan mengalahkan rekod yang dipegang oleh Valheim sebelum ini dengan mencatat rekod jumlah kemuncak melebihi 200,000 pemain. 

New World juga mencatatkan jumlah pemain seramai 684,364 pada satu masa dengan jumlah kemuncak seramai 707,230 pemain. Manakala, Valheim yang dilancarkan pada awal tahun ini, mencatat rekod jumlah kemuncak pemain seramai 502,387.

Seramai 947,000 penonton yang menonton strim New World di Twitch.

Penganalisis, Simon Carless nyatakan di Twitternya, kira-kira 400,000 pemain menunggu untuk memasuki server Eropah sahaja, tanpa mengira mereka yang mencuba untuk menukar server ke server daripada zon lain.

Bahkan, terdapat beberapa pemain yang mendedahkan masa menunggu yang sangat lama. 

Pembangun melalui laman Twitter New World, mengucapkan ribuan terima kasih buat pemain sebelum menyatakan bagaimana mereka akan menyelesaikan isu masa menunggu yang lama ini. 

Pasukan pembangun sedang membuka beberapa server tambahan dan akan menambah kapasiti bagi server yang sedia ada. Fokus utama mereka buat masa ini adalah untuk memastikan semua dapat masuk dan nikmati permainan ini. 

Bagi membolehkan pemain memasuki permainan tanpa rasa risau, New World akan membenarkan pemain untuk menukar lokasi karakter mereka ke server yang lain secara percuma untuk dua minggu. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+