Newbee dan lima pemainnya dikenakan ban seumur hidup oleh Valve

Organisasi e-sukan dari China, Newbee dan lima pemainnya, Moogy, AQ, Wizard, Faith dan Waixi dikenakan ban seumur hidup dari menyertai mana-mana acara e-sukan yang dianjur dan dikendalikan oleh Valve (pembangun Dota 2) kerana match fixing.

Difahamkan, dalam satu perlawanan pusingan kelayakan StarLadder ImbaTV Dota 2 Minor pada Februari lalu.

Newbee dalam perlawanan tersebut dikatakan ‘membayar’ pasukan lawan, Avengers untuk kalah. Mereka juga menafikan sebarang tuduhan dan memfailkan saman. Setahun kemudian, pihak berwajib membuka kembali kertas siasatan dan mendapati mereka bersalah.

Pemain-pemain ini juga mendaftar dengan nama pasukan baru, Ink Ice bagi mendapat jemputan ke kejohanan Dota Pro Circuit 2021 di China. Namun, Valve segera ambil tindakan mengenakan ban.

Aq, Wizard dan Waixi adalah pemain yang sedang meningkat naik manakala Faith pula adalah veteran, memenangi The International 2 bersama Invictus Gaming dan Moogy pula dapat tempat kedua bersama Newbee di The International 7 bersama Newbee.

Ban seumur hidup ini pastinya sangat memberi kesan pada karier mereka dalam Dota 2. Tidak mustahil juga mereka akan bersara tak lama lagi.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+