Newzoo Melaporkan Pemain Battle Royale Berbelanja Dan Peruntukkan Lebih Masa Berbanding Pengguna Lain

Pada mulanya, PlayerUnknown’s Battlegrounds lah yang membawakan pengalaman Battle Royale ke dalam industri gaming. Tapi ia diperhebatkan lagi apabila Fortnite melonjakkan genre itu kepada golongan sasar (mainstream). Fenomena itu tak menunjukkan kadar yang perlahan pun tapi peningkatan dari masa ke semasa.

Walaupun genre Battle Royale ini sampai kepada golongan sasar, bukan bermakna rata-rata pemainnya adalah pemain kasual. Dalam laporan terbaru, pemain genre Battle Royale dikatakan membelanjakan wang yang banyak untuk permainan video pilihan mereka.

Mengikut laporan dari Newzoo, 88% dari pemain Battle Royale membelanjakan duit untuk gaming. Sementara itu, hanya 75% saja yang bermain permainan multi-pemain yang kompetitif dan tradisional – seperti Call of Duty, Overwatch, Rocket League, dan Rainbow Six Siege didapati membelanjakan wang untuk in-app-purchase.

Perbelanjaan ini menunjukkan mereka bermain di kedua platform iaitu konsol dan PC. Lebih 30% pemain Battle Royale bermain di konsol untuk 6 jam atau lebih dalam seminggu dan hanya 25% dari pemain game kompetitif bermain dengan jangka waktu itu di platform sama.

Di PC, ada gap yang sama dengan 40% pemain Battle Royale bermain lebih 6 jam dalam seminggu dan 32% pula mewakili pemain game kompetitif lain.

Tambahan dari berbelanja dan bermain dengan lebih lama, mereka juga menonton dengan lebih masa. Newzoo mengesahkan 80% dari pemain Battle Royale akan menonton strim dan e-sukan, dengan 28% menonton lebih dari sekali dalam sebulan. Hanya 19% pemain game kompetitif lain memfokuskan kepada e-sukan pada kadar sama.

Laporan ini menunjukkan pemain bukan saja bermain secara kasual, mereka juga berbelanja dengan banyak, bermain dengan waktu lama, menonton strim berterusan dan membuat content untuknya.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+