Ni No Kuni Crossworlds dibelenggu kriptowang – Gacha campur Kripto?

Ni No Kuni Crossworlds merupakan permainan yang sangat cantik dan boleh dikatakan antara permainan video gacha terbaik setakat ini dibelenggu kripto.

Dikatakan pay-2-earn, Netmarble tidak malu untuk mempromosikan pemasaran mereka dengan wallet kripto Marblex.

Pemain boleh menggunakan in-game item untuk ditukarkan kepada Territe Tokens yang anda boleh tukarkan ke Marblex dan ditukarkan ke kriptowang lain.

Malah di laman sesawang itu tanpa segan silu banyak mempromosi perkara ini kepada pemain lain.

Netmarble juga telah membuat pelan untuk NFT seterusnya.

Pemain juga memberi tindak balas apabila kelebihan ini sangat-sangat memberatkan pemain yang banyak menggunakan wang untuk permainan ini.

Kripto dikatakan minimal dalam permainan ini namun anda boleh membeli hampir semua slot terbaik dan pets terbaik yang ada dalam Ni No Kuni.

Gacha semestinya satu perkara yang agak kontroversi, tetapi ditambah pula dengan kriptowang sudah pasti akan membawa masalah dan perkara yang tidak diingini nanti.

Jadi persoalannya nanti adakah ini langkah terbaik?

 

 

RELATED NEWS

+