Nickelodeon All-Star Brawl adalah permainan video berlawan yang membawakan anda karakter-karakter dari Nickelodeon.
Memperkenalkan Spongebob Squarepants, Rugrats, Teenage Mutant Ninja Turtles, Avatar The Last Airbender, Danny Phantom, Hey Arnold!, Invader Zim, Aaahh! Real Monsters dan pelbagai lagi karakter lain.
Permainan ini akan memepunyai 20 tempat berlawan dengan tema tersendiri seperti Jellyfish Fields dari Spongebob Squarepants dan Technodrome di dalam TMNT.
Anda juga boleh bermain berseorangan, berbilang pemain dan anda juga boleh berlawan secara atas talian. Tidak lupa permainan ini juga mempunyai mod multi-pemain sehingga 4 orang pemain.
Permainan video ini dijangka akan hadir pada musim luruh ini di PlayStation 4, Playstation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch.