NieR Replicant: trailer permainan Barren Temple dikeluarkan

Square Enix telah mengeluarkan sebuah trailer permainan baharu untuk permainan Nier Replicant ver.1.22474487139… yang akan dilancarkan pada 23 April tahun ini. Trailer ini bertempoh sekitar 9 minit.

Para pemain Nier versi asal semestinya mengenali kawasan bandar Facade yang dipertunjukkan dalam trailer ini. Kawasan-kawasan dalam Barren Temple juga dipertunjukkan bersama beberapa babak pertarungan.

Trailer ini berakhir dengan sebuah pertarungan bos dan tamat apabila watak Kaine muncul untuk membantu watak utama mengalahkan bos tersebut.

Nier Replicant merupakan remaster permainan Nier yang dilancarkan pada tahun 2010. Selain daripada penambahbaikkan kualiti grafik, pelakon-pelakon suara asal juga kembali untuk merakam semula dialog mereka.

Permainan ini akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 23 April ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+