Nigma Galaxy umum barisan pemain MLBB mereka

Team Nigma adalah pasukan yang ditubuhkan oleh bekas barisan pemain Team Liquid selepas sahaja mereka mendapat tempat kedua di The International 2018.

Semenjak ia ditubuhkan, pasukan itu adalah pasukan pertama yang berjaya meraih penaja dari syarikat penerbangan utama iaitu Etihad Airways.

Team Nigma meneruskan lagi perjuangan mereka di dalam bidang e-sukan dengan penggabungan organisasi mereka bersama Galaxy Racer. 

Kini, mereka mengumumkan divisi baru untuk organisasi mereka iaitu divisi Mobile Legends: Bang Bang. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Nigma Galaxy (@teamnigma)

Nigma Galaxy MLBB akan dianggotai oleh:

  • Pixie
  • Anna
  • Navillera
  • Alin
  • Crunchyy

Nampaknya Team Nigma memilih Indonesia untuk memasuki arena kompetitif e-sukan MLBB. Mereka tidak memilih barisan pemain lelaki sebaliknya dipenuhi oleh barisan pemain wanita.

Nampaknya arena kompetitif MLBB wanita di Indonesia akan lebih hangat dengan kehadiran pasukan ini. 

Sumber: Team Nigma

Foto: WSL

RELATED NEWS

+