Ninja akui pernah memperoleh hasil pendapatan sebanyak RM29.64 juta sebulan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dalam satu temubual baru-baru ini, streamer popular Tyler ‘Ninja’ Blevins mengatakan dia pernah meraih sebanyak $AS6.7 juta (RM29.64 juta) sebulan ketika zaman kegemilangannya.

Menurut Ninja, dia tidak mengetahui jumlah sebenar wang yang dia terima pada bulan itu dan berkemungkinan lebih tinggi.

Ninja mengatakan wang itu diperoleh hasil dari stream Twitch ketika bermain Fortnite bersama-sama selebriti dan pencipta kandungan yang lain.

Sebagai salah seorang pencipta kandungan paling popular, Ninja bermula stream pada tahun 2009 dimana dia menjadi seorang pemain profesional Halo 3.

Dia mula dikenali ramai pada tahun 2017 apabila Fortnite dilancarkan.

Ninja masih kekal sebagai selebriti dengan saluran Twitch paling ramai pengikut iaitu 19 juta orang ketika ini.

Walaupun sekarang Kai Cenat mendahului takhta langganan Twitch tertinggi, pendapatan Ninja menunjukkan betapa banyaknya wang yang boleh diperoleh oleh streamer popular.

RELATED NEWS

+