Ninja Dibayar Sekitar RM122 Juta Untuk Strim Secara Eksklusif Di Mixer

Penghibur penstriman langsung, Tyler “Ninja” Blevins sebelum ini mencetuskan fenomena tersendiri di Twitch sebelum membuat keputusan meninggalkan platform itu untuk strim secara eksklusif di Mixer (Microsoft). 

Dikhabarkan, dia dibayar sejumlah wang yang banyak. Mengikut laporan CNN, CEO Ader (agensi pengurusan talent yang bekerja dengan Ninja) iaitu Justin Warden mengatakan Mixer menawarkan Ninja antara AS$20 juta hingga AS$30 juta (RM122 juta) untuk penstriman beberapa tahun di platform itu. Tapi kedua-dua agensi (Microsoft dan agensi Ninja, Loaded) tidak mahu mengakui amaun itu.

Walaupun peminatnya lebih sedikit di Mixer (dari 14 juta di Twitch ke 2.8 juta di Mixer), bayaran lumayan dari Microsoft ini sebenarnya lebih berbaloi memandangkan Ninja menerima AS$10 juta dari Twitch pada 2018.

Bukan saja Ninja, tapi streamer lain yang mempunyai 100,000 juta concurrent viewers di Twitch boleh menerima sebanyak AS$10 juta juga. Mixer turut menambahkan talent baru mereka seperti Michael “Shroud” Grzesiek untuk meningkatkan populariti platform mereka.

RELATED NEWS

+