Ninja in Pyjamas mendedahkan barisan roster Wild Rift League 2022

Ninja in Pyjamas (NiP) baru-baru ini sudah mengumumkan pembabitan mereka di dalam kejohanan Wild Rift League 2022 dengan mengumumkan barisan roster Wild Rift China bagi Wild Rift League 2022: League of Legends Professional League (LPL) Qualifier.

Pengumuman ini dibuat selepas organisasi e-sukan berpangkalan di Sweden itu bergabung bersama sebuah organisasi e-sukan China, ESV5, pada 10 Ogos lalu melalui sebuah video di YouTube.

ESV5, kumpulan gabungan organisasi e-sukan eStar Gaming dan Victory Five yang akan disertai Ninja in Pyjamas untuk kejohanan LPL Qualifier tahun depan. Berikutan penggabunagn ini, penjenamaan semula pasukan Victory Five kepada Ninja in Pyjamas juga akan diadakan pada 2022.

Namun, masih tiada tarikh rasmi diumumkan.

Selain itu, pada 13 September, Ninja in Pyjamas melalui laman Twitter mereka mengumumkan barisan roster di bawah nama Victory Five untuk LPL akan datang.

Buat masa ini pasukan mereka sedang bersaing di dalam peringkat Kumpulan untuk Wild Rift League 2022: LPL Qualifier.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+