Ninja kembali ke Twitch secara rasmi

Antara streamer paling terkenal di dunia iaitu Tyler “Ninja” Blevins akan kembali bersiaran langsung di Twitch. Sebelum ini, beliau menandatangani perjanjian bersama Mixer, sebuah platform streaming yang diuruskan oleh Microsoft dan kini ia sudah dihentikan operasi.

Dalam masa beberapa minggu lepas beliau telah bersiaran langsung di YouTube dan juga Twitch. Ini membuatkan ramai peminat beliau tertanya-tanya apakah sebenarnya pilihan terakhir beliau.

Nampaknya Ninja dan Twitch telah menandatangani satu perjanjian baharu dan beliau kini telah kembali ke platform yang menjadikan beliau antara streamer paling popular dalam industri ini.

Salah seorang streamer terkenal yang juga telah kembali ke Twitch selepas pulang dari Mixer ialah Michael “Shroud” Grzesiek. Ini mengukuhkan lagi kedudukan Twitch sebagai platfrom streaming nombor satu di dunia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+