Personaliti popular di Twitch, Ninja kini hadir dengan koleksi baru iaitu gamer hoodie.
Dalam satu ciapan di Twitter, hoodie tersebut akan mempunyai rekaan yang membolehkan anda memakai fon kepala. Ini membolehkan anda main game ataupun mendengar muzik tanpa mengubah kualiti audio.
I’ve always loved wearing my hood up with my headphones whether I’m traveling & listening to music or gaming. So excited to be releasing my patent pending hoodie that allows you to do either of those without changing your sound quality. TOMORROW NOON PST https://t.co/GbfYE4nQgV pic.twitter.com/xiDEI0sSo4
— Ninja (@Ninja) November 24, 2020
Mengikut laporan Soya Cincau, pakaian ini akan boleh dibeli bermula esok (jam 4 pagi waktu Malaysia).
Salah satu ciri yang menarik pada hoodie ini adalah material digunakan yang mempunyai ruang di bahagian telinga untuk memastikan audio fon kepala boleh melepasi pakaian tanpa masalah.
Jika anda ingin menginginkan gamer hoodie ini, ia agak mahal, berharga sekitar RM245 dan hadir dalam warna merah, merah jambu, kelabu dan hitam.
Jangan lupa untuk layari laman web Team Ninja untuk membelinya.
Sumber rujukan: Soya Cincau