Ninja mencatatkan 100,000 tontonan langsung di Twitch selepas hampir setahun tidak strim

Nampaknya, penghibur penstriman langsung fenomena, Tyler “Ninja” Blevins kembali ke Twitch buat seketika selepas hampir satu tahun tidak aktif di platform tersebut.

Sebelum ini, Ninja menandatangani kontrak eksklusif bersama Mixer tapi semenjak platform itu ditutup, Ninja dibebaskan dari kontrak dan boleh memilih platform mana beliau inginkan.

Yang menariknya, strim Fortnite di Twitch beliau mencapai 100,000 penonton hanya dalam 15 minit ia berlangsung. Strim di Youtube pula kini mencecah empat juta tontonan. 

Biarpun begitu, tidak ada sebarang berita jika Ninja ada bersetuju dengan tawaran bersama Twitch atau platform-platform lain. Dengan pertumbuhan Youtube dan Facebook Gaming, Ninja mempunyai banyak pilihan untuk mana-mana tawaran.

Sumber: TheVerge

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+