Ninja Menerima Funko Pop Tersendiri, Akan Dijual Pada Jun Nanti

Fenomena Ninja sebagai streamer yang terkenal di seluruh dunia tak boleh dinafikan lagi. Superstar di Twitch ini sudah menerima tawaran ke platform Microsoft iaitu Mixer, menerima kasut Adidas tersendiri dan skin eksklusif di Fortnite.

Kali ini, dia menerima pula Funko Pop. Ia adalah figura comel yang menyamai Ninja dengan rambut biru bubblegum dan aksesori bandana berwarna kuning. 

Ninja juga memakai baju t berwarna biru dengan logo Ninja ditampal dan memakai kasut yang nampak seperti sneakers Adidas.

Ini adalah kali pertama Funko Pop dihasilkan untuk penghibur penstriman langsung (streamer). Ia akan dijual bermula 7 Jun ini pada harga AS$9 (kira-kira RM40) menerusi e-dagang antarabangsa 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+