Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Nintendo dan The Pokemon Company kini bakal menyaman pencipta Palworld iaitu Pocketpair kerana melanggar hak milik paten.
Sejak pelancaran dan kejayaan Palworld yang mempunyai beberapa mekanik yang hampir sama dengan francais Pokemon, permainan video ini ‘meletup’ dan disukai ramai.
Hari ini, Nintendo dan The Pokemon Company mengeluarkan kenyataan mengenai saman ke atas Pocketpair.
Saman ini dilakukan di mahkamah Tokyo untuk memohon pampasan dan kerosakan yang dilakukan oleh Palworld. Ia dikatakan melanggar beberapa hak milik paten dari Pokemon dan Nintendo.
Setakat ini masih belum ada apa-apa sebab mengapa Nintendo menunggu lapan bulan untuk mula menyaman Palworld.
Tidak dinafikan lagi Palworld mendapat sambutan yang hangat tetapi untuk berlawan dengan Nintendo dan The Pokemon Company pasti akan menelan kos yang mahal dan sukar buat mereka.
Pocketpair juga masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai saman ini.