Nintendo Direct pertama 2021 akan disiarkan pada 18 Februari

Nintendo telah mengumukan siaran langsung Nintendo Direct yang pertama untuk tahun ini. Ia akan berlangsung pada 18 Februari ini bermula dari 6 pagi (waktu Malaysia). Menurut Nintendo, pembentangan ini bertempoh sekitar 50 minit.

Setakat ini, Nintendo hanya menyatakan mereka akan berkongsi berita baharu mengenai Super Smash Bros. Ultimate dan permainan-permainan baharu yang akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada separuh pertama tahun ini.

Anda boleh menonton siaran langsung Nintendo Direct melalui laman YouTube rasmi Nintendo. Penulis sendiri tidak sabar untuk melihat permainan-permainan menarik yang bakal diumumkan!

RELATED NEWS

+