Nintendo Lancarkan Nintendo Switch Baru Dengan Jangka Hayat Bateri Tinggi Sehingga 9 Jam!

Nintendo baru mengumumkan model baru Nintendo Switch dengan keupayaan bateri lebih lama iaitu selama 9 jam yang bakal tiba tidak lama lagi.

Buat masa sekarang, model Nintendo Switch boleh menampung masa permainan sehingga 6.5 jam bergantung kepada cara game dan aplikasi korang guna dalam Switch.

Menurut laman rasmi Nintendo, syarikat gaming dari Jepun ini menunjukkan jangka hayat bateri antara model baru dan lama. Model lama boleh bermain The Legend of Zelda: Breath of the Wild selama 3 jam manakala model terbaru pula boleh main selama 5.5 jam.

Dari segi harga, Nintendo masih lagi mengekalkan harga Nintendo Switch yang sama iaitu sekitar RM1,199. Model baru ini akan dilancarkan di Jepun terlebih dahulu pada bulan Ogos dan di pasaran Amerika Syarikat pada pertengahan Ogos serta di pasaran Eropah pada September.

Setakat ini, tiada berita tentang pelancaran model baru Nintendo Switch di pasaran Asia Tenggara.

Baca lagi: Nintendo Switch or Nintendo Switch Lite: Which One Is Better For You?

Sumber: VG24/7

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+