Nintendo mahu tindakan selanjutnya untuk pemilik ROMUniverse

Nintendo mahu menyaman pemilik ROMUniverse untuk kali kedua.

Matthew Storman selaku pemilik ROMUniverse gagal membayar AS$50 untuk bayaran ansuran pertama hutangnya.

Pemilik ROMUniverse yang sudah disaman Nintendo sebanyak AS$2.1 juta beberapa bulan lepas apabila kalah saman hak cipta dari Nintendo.

Nintendo menganggap Matthew Storman tidak menghormati bayaran AS$50 sebulan.

Bayaran rendah ansuran itu adalah kerana Matthew Storman memberitahu bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan.

“Kegagalan membayar hutang ini dianggap Storman tidak menghiraukan tanggungjawab undang-undangnya,” dari Nintendo.

Nintendo juga percaya Storman ingin membuka semula RomUniverse dan akan membuat tindakan selanjutnya ke atas Storman.

RELATED NEWS

+