Nintendo Membuka Pendaftaran Bagi Berita Terbaru Berkaitan Permainan Pokemon Di Switch

Permainan Pokemon boleh menjadi penyumbang kepada penjualan konsol lebih banyak, bukan apa kerana Pokemon sendiri adalah francais yang paling gemilang dan mempunyai ramai peminat di serata dunia. Ia dah pun ada di banyak platform tapi belum lagi di Switch.

Tapi hari ini, semuanya berubah apabila laman web Nintendo UK mempunyai halaman baru yang mana korang boleh mendaftar untuk mendapatkan berita terbaru berkenaan Pokemon di Nintendo Switch.

Korang akan menerima berita seperti tarikh pembukaan pra-tempah, promosi dan sebagainya.

Pastinya Nintendo akan mendedahkan lebih banyak maklumat menjelang E3 2018 yang hanya tinggal dua minggu daripada sekarang. Permainan ini pasti menarik minat kerana boleh dimainkan di mana-mana dan disambung di televisyen di rumah.

Sementara itu, korang boleh saksikan fan-made trailer untuk permainan itu yang akan muncul di Switch. 

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+