Nintendo memperoleh hasil jualan terbesar sepanjang November

Sepanjang November ini, Nintendo dilaporkan menjual lebih daripada 1 juta unit Switch di Amerika Syarikat sahaja.

Menurut laporan daripada NPD Group, berikutan faktor minggu Thanksgiving dan Black Friday, Nintendo sepanjang November dikatakan sudah menjual sebanyak 1.13 juta unit yang merangkumi Nintendo Switch, Switch Lite dan Switch OLED.

PlayStation 5 hanya menewaskan Nintendo Switch pada September lalu berikutan perbezaan nilai dolar pada bulan itu. 

Namun, sepanjang musim cuti 2021 ini, Presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa menyatakan, syarikat itu mungkin tidak mampu membekalkan konsol yang cukup berikutan isu rantaian bekalan yang masih berlaku.

Sumber: Dot Esports

 

TAGS

RELATED NEWS

+