Tahun lepas adalah tahun yang sangat sukar buat emulasi permainan video.
Nintendo mendesak dan menutup beberapa projek emulasi seperti Yuzu, Citra dan Ryujinx.
Tetapi kes-kes ini tidak pergi ke mahkamah dan disebabkan ini status perundangan emulasi masih belum disidangkan di mahkamah.

Foto: Nintendo
Di Tokyo Esports Festa awal minggu lepas, beberapa peguam dan ketua hak cipta seperti Capcom, Koei, Sega, Konami dan Nintendo berbincang mengenai isu hak cipta dan harta intelek dalam industri permainan video.
Menurut Koji Nishuira, peguam paten dan Naib Pengurus Besar untuk bahagian harta intelektual Nintendo, bersetuju bahawa penggunaan emulasi adalah sebenarnya tidak salah di sisi undang-undang.

Foto: IGN
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk emulasi melanggar undang-undang. Sebagai contoh, Nintendo Switch mempunyai teknologi langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari bermain permainan video cetak rompak. Jika emulasi Switch itu melanggar pencegahan ini mereka boleh berada di dalam masalah undang-undang.
Perlu diingatkan, perbincangan ini adalah dalam konteks undang-undang di Jepun iaitu undang-undang Digital Millenium Copyright Act (DMCA) Seksyen 1201 (a)(1)(A): “Barangsiapa tidak boleh menghindari pencegahan teknologi untuk mendapat akses kepada kerja yang berada di bawah perlindungan,”.
Tambahan lagi, penggunaan program konsol seperti butang menu, skrin home juga termasuk dalam akta hak cipta. Meniru elemen ini ke program emulasi berkemungkinan akan menjadi satu kesalahan.
Ini bermakna emulasi itu sendiri tidak salah, tetapi cara penggunaan dan bagaimana emulasi itu berfungsi menjadi cara untuk melanggar undang-undang.
“Nintendo menutup emulasi serata dunia kerana melanggar langkah percegahan Nintendo dan juga untuk melindungi pencipta permainan video,” ujar Nishuira.
Hal ini juga berlaku disebabkan beberapa emulasi yang membenarkan pengguna untuk mencetak rompak permainan video di Nintendo Switch.
Adalah tidak menghairankan Nintendo membuat sebegini untuk menyelamatkan Nintendo Switch 2 yang baru sahaja diumumkan semalam.