Satu saman mengekang cetak rompak kini difailkan oleh Nintendo dan dua individu akan dibawa ke mahkamah iaitu penjual modchip Switch dan moderator terkenal SwitchPirates.
Nintendo terkenal dengan sifat tiada kompromi terutama apabila sesuatu produk itu adalah milik mereka.
Dua individu itu adalah Ryan Daly Modded Hardware dan moderator Reddit terkenal r/SwitchPirates.
Syarikat ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dengan harta itelektual mereka.
Saman terhadap Modded Hardware kerana menjual konsol Switch versi modded dan MIG Switches yang memberi fungsi Switch itu untuk bermain permainan video haram.
Walaupun sudah diberi amaran, Daly tetap menjual dan meneruskan aktiviti haramnya.
Daly dituduh dengan enam pertuduhan termasuk melanggar hak cipta dan pemintasan alat pemerdagangan. Saman itu menyatakan bukan sahaja Daly menjual konsol modded tetapi dia juga menyediakan servis kepada pelanggan dimana mereka boleh menghantar Switch untuk diubah suai.
Nintendo menuntut pampasan wang, penutupan laman sesawang Daly, dan mengembalikan kesemua perkakas dan konsol yang ada.
James Williams merupakan pengendali beberapa kedai cetak compak yang mempunyai banyak permainan video Nintendo Switch..
Williams yang menggunakan nama Archbox adalah moderator untuk r/SwitchPirates Reddit yang mempunyai lebih 190 ribu ahli.
Saman ini difailkan kerana Williams membuat komen dan mesej yang mengajak pengguna lain untuk terus ke kedai cetak rompaknya dan memberikan nasihat teknikal kepada sesiapa yang menggunakan Switch yang sudah dimodkan untuk bermain permainan video secara haram.
Menurut Nintendo, Williams terbabit dengan penjualan di empat kedai cetak rompak dan mengatakan Williams pernah mengaku yang dia adalah lanun yang tidak mahu membayar permainan video Nintendo.
Syarikat besar Nintendo menuntut pampasan termasuk menutup kesemua kedai dan mana-mana media sosial berkaitan.
Dengan mengambil langkah undang-undang ini, Nintendo mahu melindungi harta intelektual mereka dari permainan video cetak rompak.
Rujukan: TorrentFreak