Nintendo Switch dan Pro Controller edisi Monster Hunter Rise didedahkan

Nintendo telah mendedahkan sebuah konsol Nintendo Switch dan alat kawalan Pro Controller edisi khas bertemakan permainan Monster Hunter Rise. Pada waktu ini, Nintendo hanya mengesahkan bahawa ia akan dilancarkan di negara Jepun pada 26 Mac tahun ini.

Monster Hunter Rise akan dilancarkan secara global pada tarikh yang sama untuk Nintendo Switch.

Konsol Nintendo Switch Monster Hunter Rise Special Edition akan dijual pada harga 38,400 yen (~RM1,499). Warna utama konsol ini ialah kelabu yang dicorakkan dengan motif emas. Ia dicantikkan lagi dengan pelbagai simbol yang berasal dari Monster Hunter Rise.

Set konsol ini juga hadir bersama salinan digital permainan Monster Hunter Rise. Pembeli juga akan menerima dua set kandungan dalam-permainan iaitu Monster Hunter Rise Deluxe Kit dan Monster Hunter Rise Limited Benefits yang mengandungi:

Monster Hunter Rise Deluxe Kit:

  • Kamurai” Hunter layered armor set
  • “Shuriken Collar” Palamute layered armor piece
  • “Fish Collar” Palico layered armor piece
  • Gestures (4 jenis lompatan)
  • set pose Samurai
  • cat muka Kabuki
  • gaya rambut “Izuchi Tail”

Monster Hunter Rise Limited Benefits:

  • “Narikiri Retriever” (Otomogaruku layered equipment)
  • “Narikiri Forest” (Otomo Airou layered equipment)
  • “Initial stone guard” yang berguna dalam misi-misi awal

Alat kawalan Nintendo Switch Pro Controller Monster Hunter Rise Special Edition pula akan dijual pada harga 7,480 yen (~RM299). Ia mempunyai corak warna yang sama dengan konsol di atas.

Penulis berharap edisi khas konsol dan alat kawalan Nintendo Switch ini akan dilancarkan juga di Malaysia. Rekaannya begitu cantik dan penulis yakin para peminat Monster Hunter ingin membelinya.

Sumber: Nintendo

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+