Nintendo tidak akan melancarkan Switch Pro seperti yang ditularkan sebelum ini

Nintendo secara rasminya sudah menolak laporan mengatakan syarikat mereka akan ada peningkatan margin keuntungan dari model Switch OLED yang terbaru. Selain itu, mereka juga mengatakan syarikat tidak mempunyai rancangan untuk mengeluarkan model lain buat masa ini. Kenyataan ini menolak khabar angin mengenai Switch Pro yang sudah diwar-warkan sebelum ini.

Sebelum pengumuman model OLED, banyak laporan mendakwa Nintendo akan menghasilkan model Switch yang lebih hebat, mampu menghasilkan output TV 4K dan dengan sokongan rendering DLSS Nvidia. Ianya dikenali sebagai Switch Pro dan dilaporkan untuk diumum pada tahun ini. 

Namun begitu, Nintendo sudah mengeluarkan kenyataan bahawa “Kami juga ingin menjelaskan bahawa kami baru sahaja mengumumkan Nintendo Switch (Model OLED) akan dilancarkan pada bulan Oktober dan tidak memiliki sebarang perancangan untuk melancarkan model lain saat ini,”

RELATED NEWS

+