Acer semalam telah mengumumkan PC permainan video mudah alih mereka iaitu Acer Nitro Blaze 7 (GN771).
Generasi pertama ini bakal membawa fungsi AI gaming dengan procesor AMD Ryzen™ 8840HS yang boleh memastikan prestasi lebih optimum dan lebih pantas untuk banyak permainan video dan aplikasi.
Rekaan peranti ini juga direka untuk mudah dibawa kemana sahaja.
Peranti ini juga mempunyai Skrin Full HD (FHD) IPS bersaiz 7″ dengan fungsi sentuh ditambah dengan teknologi AMD FreeSync Premium dan refresh rate 144 Hz.
Sistem operasi yang digunakan untuk Acer Nitro Blaze 7 adalah Windows 11 yang juga mempunyai aplikasi Acer Game Space.
Spesifikasi:
Acer Nitro Blaze 7
- AMD Ryzen 7 8840HS (8 core, 16 threads, 24 MB cache, 5.1 GHz max boost). Bersama Ryzen AI.
- AMD Radeon 780M (Up to 2.7 GHz, AMD RDNA 3 12 CUs)
- Skrin 7″ Full HD (1920×1080) IPS, 144 Hz, 500 nits, 10-point touch panel, 7 ms response time
- 16GB LPDDRTx SDRAM, 7500 MT/s
- Up to 2 TB M.2 NVMe PCIe 4.0 x4 Gen 4 SSD
- 2 x USBR 4 ports, Micro SD Card (SD 4.0)
- 50.04 Wh Li-Polymer Battery. 65 W Type-C AC Adapter.
Dengan spesifikai ini Nitro Blaze 7 dijangka akan mempunyai prestasi yang lebih baik dengan penggunaan bateri yang sangat efisen.
Acer Nitro Blaze 7 mungkin peranti permainan video mudah alih paling tinggi spesifikasi buat masa ini.
Harga dan tarikh pelancaran Acer Nitro Blaze 7 masih belum diumumkan Acer.