No Man’s Sky dimasukkan ke Xbox Game Pass, crossplay juga diperkenalkan

Hello Games, pembangun permainan video No Man’s Sky, telah mengumumkan bahawa judul tersebut akan dimasukkan ke koleksi permainan percuma dalam Xbox Game Pass bermula dari 11 Jun tahun ini.

Selain itu, sebuah kemaskini baharu juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama. Antara penambahan paling menarik dalam kemaskini ini ialah fungsi permainan rentas platform ataupun crossplay.

Pemain PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One kini boleh bermain bersama-sama. Pemain yang bermain menggunakan platform yang sama dengan anda akan mempunyai ikon platform tersebut di sebelah nama mereka. Pemain yang bermain menggunakan platform berbeza akan mempunyai ikon alat kawalan.

Untuk membaca tentang nota kemaskini penuh No Man’s Sky yang terbaru ini, anda boleh melayari laman web rasmi No Man’s Sky.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+