Pelakon suara lagenda yang mengalih suara Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon meninggal pada 12 Julai lepas pada usia 88 tahun.
Menurut agensi, Noriko Ohara atau nama sebenarnya Noriko Tobe sudah lama dalam rawatan satu penyakit yang tidak didedahkan kepada umum.
Ohara sudah lama menjadi seiiyuu (pelakon suara) untuk Nobita sejak tahun 1979 lagi dan menjadi suara ikonik yang dikenali ramai.
Dia juga pernah menjadi pelakon suara untuk Conan, Doronjo penjahat dalam Yatterman dan Oyuki dalam Urusei Yatsura.