Nostalgia MGO: 10 permainan video terbaik PS2

PlayStation 2 atau lebih dikenali sebagai PS2 kini sudah 22 tahun wujud sejak pelancarannya pada 4 Mac 2000.

Konsol ini juga mempunyai banyak permainan video yang berkualiti malah ada yang lebih hebat dan mendahului masanya.

Dalam Nostalgia MGO kali ini kita akan saksikan 10 Permainan Video Terbaik PS2:

1. Okami

Okami 2 chances are 'pretty high', according to former dev team member  Ikumi Nakamura | VGC

Berlawan sambil melukis.

Satu konsep yang tampak pelik pada mulanya tetapi Okami dari Studio Clover ini berjaya membuat kedua-dua benda ini seiring dan sangat menarik.

Sebagai contoh anda lukis bom nanti akan keluar bom masa berlawan untuk menyerang musuh.

Inspirasi dari mitologi jepun dan Okami tampak leibh cantik dengan teknik dakwat lukisan klasik Jepun yang tampak lebih menarik dan sangat warna-warni.

2. God of War 2

GOD OF WAR 2 Full Game Walkthrough - No Commentary (#GodofWar2 Full Game)  2018 - YouTube

God of War 2 kini membawa Kratos untuk membalas dendam.

Permainan video ini boleh dikatakan antara game yang memaksa PS2 untuk digunakan sepenuhnya.

Permainan yang hebat dengan Blades of Chaos dan begitu pantas ditambah dengan banyak.

3. Devil May Cry 3

Devil May Cry 3 on PS4 Loses Out to Switch Exclusive Feature - Push Square

Bersama Dante lagi sekali dalam aksi pengembaraan tanpa henti untuk membunuh syaitan.

Walaupun Devil May Cry 3 adalah prekuel, tetapi antagonis baru iaitu kembar Dante, Vergil kini datang untuk membawa masalah baru.

Tidak dilupakan DMC3 mempunyai mod permainan yang begitu susah sehingga ramai tidak mampu menghabiskan permainan ini.

4. Capcom vs SNK 2

Happy 20th anniversary to Capcom vs SNK 2 🎉 : r/Fighters

Capcom vs SNK 2 kini menjadi antara permainan video berlawan 2D terbaik di PS2 semasa awal tahun 2000.

Dengan banyak lagi karakter baru, fungsi baru dan crossover yang merentas masa pasti menjadi tarikan ramai dari kedua-dua francais Capcom dan SNK.

5. Final Fantasy X

Retro Review: Final Fantasy X. “Listen to my story…” | by Devon Wells |  SUPERJUMP

Final Fantasy X sudah menjadi siri Final Fantasy di PS2 yang penuh dengan kehebatan JRPG.

Walaupun penceritaan sedikit straightforward, tetapi berbanding dengan Final Fantasy yang sebelum?

FF X jauh lebih hebat berbanding apa yang ada ketika itu.

Ia juga masih penuh dengan pengembaraan penuh emosi dengan karakter yang mempunyai keserasian yang baik.

6. Grand Theft Auto San Andreas

GTA: San Andreas – Still good, even 16 years later | Daily Sabah

R1, R2, L1, X, LEFT, DOWN, RIGHT, UP, LEFT, DOWN, RIGHT, UP

Salah satu kod cheat yang masih diingati ramai pemain GTA San Andreas. Permainan video ini banyak peningkatan dan kelebihan baru bebanding Vice City.

CJ yang menjadi watak ikonik sehingga dimasukkan kedalam banyak mod-mod GTA yang lain. GTA adalah klasik, namun San Andreas tetap menjadi antara GTA yang masih diingati ramai.

7. Kingdom Hearts 1 & 2

Why Kingdom Hearts 2 Is the Series' BEST Game - News Concerns

Kingdom Hearts 1 & 2 sudah ikonik untuk pelantar PS2.

Bersama Sora, Donald dan Goofy dalam pengembaraan ke dunia Disney yang lain.

Hasil gabungan watak Disney dan Final Fantasy pasti akan menarik minat anda untuk mencuba.

Tidak lupa juga dengan cara berlawan menggunakan Keyblade dan perlawanan bos yang sentiasa membuat anda tidak senang.

Sudah banyak spin-off yang ada namun Kingdom Hearts 1 & 2 masih menjadi antara kegemaran ramai orang.

8. Persona 4

SEGA Looking to Port More Games Following Persona 4 Golden PC Success -  Push Square

Persona 4 menceritakan drama pelajar sekolah di Jepun, dungeon dan sudah pasti raksasa.

Anda akan bersama krew ini dalam mencari misteri pembunuhan yang berlaku.

Persona 4 adalah antara permainan video Persona terbaik dan ada boleh mencuba Persona 4 Golden di PC.

9. Shadow of the Colossus

Shadow of the Colossus' remake is missing something vital | Engadget

Shadow of the Colossus sangat unik dan boleh dikatakan salah satu masterpiece untuk pelantar PS2.

Konsep ini ketika itu dikatakan sangat diluar fikiran apabila anda perlu berlawan dengan pelbagai jenis titans yang ada.

Anda akan medengar musik yang terbaik dengan cara berlawan yang unik mengikut Colossus yang anda berlawan.

10. Metal Gear Solid 3: Subsistence

Studio Rumoured to Be Remaking Metal Gear Solid 3 Is Working on a AAA  Remake - IGN

Metal Gear Solid 3 adalah satu judul yang sangat hebat dan lebih baik dalam penceritaan prekuel tentang Big Boss dengan nama Naked Snake.

Ia juga memperkenalkan banyak mekanik baru ke dalam francais ini.

Banyak lagi sebenarnya permainan video PS2 yang baik dan hebat.

Apa lagi permainan video PS2 yang anda rasa patut menjadi pilihan untuk orang ramai cuba?

RELATED NEWS

+