NothingToSay mahu menang The International 11 tahun depan

Pemain kelahiran Malaysia, Cheng Jin Xiang atau lebih dikenali sebagai NothingToSay mendapat tempat kedua untuk Dota 2 The International 10 baru-baru ini.

Jin Xiang yang berusia 20 tahun adalah wakil untuk pasukan PSG.LGD yang berpangkalan di China.

Pasukanya berjaya memenangi kira-kira RM75 juta selepas tewas 2-3 kepada Team Spirit dari Rusia.

Anak kelahiran Johor Bahru ini kini mahu mencapai impiannya untuk memenangi The Internationals 11 yang akan diadakan tahun hadapan.

“TI 10 banyak memberi pengalaman yang baik untuk saya dan saya bercita-cita untuk memenangi gelaran itu,” kata Jin Xiang yang sudah berkecimpung sebagai pemain profesional Dota 2 selama 3 tahun.

Jin Xiang kini berada di dalam tempoh kuarantin di hotel sejak pulang ke Malaysia pada Selasa lepas dan masih belum mengetahui jumlah hadiah yang akan diterimanya yang akan dikongsi bersama ahli pasukan dan jurulatihnya.

Beliau bercadang untuk menggunakan wang itu bagi membeli rumah dan untuk tujuan pelaburan.

Visa ke China juga adalah satu Visa yang sukar untuk didapati jadi Jin Xiang bercadang untuk berehat seketika selama dua minggu bersama keluarganya.

Sumber rujukan: BERNAMA

RELATED NEWS

+