GeForce RTX: Game On yang disiarkan pagi tadi, Nvidia mengumumkan GPU baharu GeForce RTX 3060 dan komputer riba yang menggunakan GPU siri RTX 3000."> GeForce RTX: Game On yang disiarkan pagi tadi, Nvidia mengumumkan GPU baharu GeForce RTX 3060 dan komputer riba yang menggunakan GPU siri RTX 3000." /> GeForce RTX: Game On yang disiarkan pagi tadi, Nvidia mengumumkan GPU baharu GeForce RTX 3060 dan komputer riba yang menggunakan GPU siri RTX 3000." />

Nvidia umumkan RTX 3060 dan komputer riba GPU RTX 3000

Dalam acara siaran langsung GeForce RTX: Game On yang disiarkan pagi tadi, Nvidia mengumumkan GPU baharu GeForce RTX 3060 dan komputer riba yang menggunakan GPU siri RTX 3000.

Kad GeForce RTX 3060 ialah kad siri RTX 3000 kelima yang diumumkan oleh Nvidia. Ia akan dilancarkan pada penghujung bulan Februari. Harga jualan di Malaysia masih belum diumumkan tetapi ia akan dijual di A.S. pada hargi AS$329 (~RM1,330).

Penulis rasa GPU RTX 3060 akan terjual laris dan kehabisan stok dengan sangat pantas, sama seperti GPU siri RTX 3000 baharu yang lain. Oleh itu, pastikan anda membuat penempahan awal jika berminat untuk mendapatkan GPU ini.

Anda boleh membaca spesifikasi penuh RTX 3060 di laman web rasmi Nvidia.

Bagi anda yang ingin membeli komputer riba gaming, nantikan pelancaran model-model  baharu yang menggunakan RTX 3060, 3070, dan 3080.

Semua komputer riba baharu ini menggunakan rekaan Nvidia Max-Q generasi ketiga. Rekaan ini memastikan komputer riba boleh memuatkan GPU berkuasa sambil mengekalkan reka bentuk yang nipis dan ringan.

Lebih daripada 70 model komputer riba baharu akan dilancarkan bermula dari 26 Januari tahun ini. Berikut adalah harga paling rendah untuk setiap model mengikut GPU yang digunakan:

  • Komputer riba RTX 3060 – AS$999 (~RM4,000)
  • Komputer riba RTX 3070 – AS$1,299 (~RM5,250)
  • Komputer riba RTX 3080 – AS$1,999 (~RM8,000)

Maklumat lanjut mengenai komputer riba yang menggunakan GPU RTX 3000 boleh dibaca di laman web rasmi Nvidia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+