Obuyan mempersoalkan slot Jepun ke M3

Pasukan 10s Gaming Frost adalah salah satu pasukan Kejohanan Dunia Mobile Legends M1 dan M2 sebelum ini. Mereka membawa masuk meta support Rafaela pada edisi pertama dan berjaya memberikan kejutan kepada para penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil ketika itu.

Terkini, Obuyan mendedahkan bahawa negara Jepun tidak menerima sebarang acara kelayakan bagi Kejohanan Dunia M3. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by obuyan.TV (@obuyan.tv)

Beliau membuat kenyataan “Bilakah tarikh pusingan kelayakan untuk M3 di Jepun? Tidak ada sebarang info buat masa ini. Selepas M2 tamat, semua kejohanan rasmi tiada di dalam senarai. Adakah Jepun sudah disisihkan?” ujarnya.

Kejohanan Dunia, M3 semakin hampir ke garisan permulaan, adakah Jepun tidak akan menerima undangan untuk ke pentas dunia kali ini?

10s Gaming Frost adalah salah satu pasukan yang berjaya memberikan saingan hebat meskipun kalah di tangan pasukan Alter Ego di peringkat lower bracket playoff di M2.

Terdahulu, salah seorang pemain mereka, Shina membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu.

Kejohanan Dunia, M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara dan wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$800 ribu (RM3.3 juta).

Foto: 10s Gaming Frost

RELATED NEWS

+