OG Dedahkan Skuad Baru CS:GO, Yang Pertama Untuk Organisasi E-Sukan Itu

Organisasi e-sukan yang terkenal dengan barisan pemain e-sukan dengan pendapatan tertinggi di dunia, OG mengumumkan satu lagi skuad baru Counter Strike: Global Offensive (CS:GO).

OG sebelum ini hanya mempunyai skuad Dota 2 yang menjadi dua kali juara dunia (The International 2018 dan The International 2019).

Tulis OG dalam satu kenyataan, mereka memilih CS:GO kerana ia antara e-sukan yang mempunyai pengalaman menonton paling seronok selain tahap kompetitif di luar jangkaan dan taktik serta strategi yang tiada hadnya. Mereka juga berminat dengan komuniti dan ekosistem yang tersedia oleh permainan PC ini.

OG CS:GO Roster:

Nathan Jordan “NBK-“ Schmitt

Aleksi Antti Kaarlo “Aleksib” Virolainen

Valdemar Bjørn “valde” Vangså

Issa Sameer Issa “ISSAA” Murad

Mateusz ”mantuu” Wilczewski

Organisasi Eropah ini juga berharap peminat terus memberi sokongan kepada mereka dalam arena CS:GO pula.

(Sumber: OG)

RELATED NEWS

+