OG muncul juara ESL One Malaysia 2022

Perlawanan peringkat Grand Final ESL One Malaysia 2022 menyaksikan pasukan kegemaran ramai iaitu OG akan menentang Team Aster.

Di perlawanan pertama, pasukan OG mendominasi dengan pemilihan Shadow Fiend dan Bristleback sebagai core.

Rotasi dan corak permainan yang hebat ditunjukkan oleh OG di perlawanan pertama memberikan mereka kemenangan.

Perlawanan kedua diteruskan lagi dengan pemilihan Techies oleh pasukan OG untuk menentang Team Aster.

Team Aster menggunakan Phantom Assasssin dan perlawanan begitu sengit selepas PA berjaya mendapatkan barang core yang diperlukan.

Namun begitu, selepas pasukan OG berjaya menghentikan kemaraan Phantom Assassin dengan pembelian Hex maka pasukan OG berjaya mendapatkan kemenangan.

Pasukan OG semakin kuat di perlawanan ketiga dengan penggunaan Pit Lord yang sangat hebat oleh ATF. 

OG meneruskan asakan demi asakan terhadap pasukan Team Aster untuk menjadi juara ESL One Malaysia 2022.

Tahniah diucapkan kepada pasukan OG, mereka bawa pulang AS$175 ribu (RM780 ribu).

RELATED NEWS

+