OG tersingkir dari TI10

Penyandang takhta kejohanan dunia Dota 2, OG terpaksa melupakan hasrat mereka untuk percubaan menjulang Aegis of the Champions buat kali ketiga selepas tewas di tangan Team Spirit 2-0 semalam.

Gandingan hero meta seperti Magnus dan juga Void tidak memberikan OG ruang untuk bernafas, malah mereka mempunyai kesukaran dalam 20 minit pertama.

Kesilapan Sumail yang menggunakan Tiny sangat merugikan mereka pada perlawanan pertama malah permainan dari Magnus sangat memberi kelebihan kepada Team Spirit.

Mereka akhirnya menyerah kalah pada minit ke-45.

Di perlawanan kedua, Team Spirit masih selesa menggunakan Magnus dan Winter Wyvern.

OG sekali lagi mempertaruhkan Tiny dan Nature’s Prophet selain menggunakan Invoker, NS dan ES.

Bagaimanapun, OG tewas pada fasa awal dengan memberikan tujuh mata bunuh kepada Team Spirit. Dalam satu war yang besar, TorontoTokyo taunting dengan mengatakan ‘ez game’ di All Chat dan satu demu satu hero OG ditangkap.

Sampai di sini saja perjalanan bekas juara dunia berturut-turut ini. 

RELATED NEWS

+