DOTA 2: Ohaiyo Sah Keluar LFY, Inflame Kembali Ke Skuad Itu

Ohaiyo sah meninggalkan LFY, jadi free agent untuk sementara waktu. Eh, betul ke apa yang korang baca ni?

Ya, selepas LGD Forever Young gagal mempamerkan prestasi memuaskan di Bucharest Major, Khoo” Ohaiyo” Chong Xin ditendang keluar dan terpaksa mencari team lain sekali lagi. Ini bukanlah kali pertama Ohaiyo digugurkan kerana sebelum ini beliau pernah ditendang keluar dari Fnatic selepas berkhidmat selama hampir 3 tahun.

Lebih mengejutkan, LFY memanggil kembali offlaner mereka, He “Inflame” Yongzheng untuk menyertai pasukan . Inflame sebelum ini berhenti sekejap bermain kompetitif kerana ada konflik selain berdepan masalah kesihatan.

Ohaiyo bukan saja main tak sampai 2 bulan untuk LFY tapi juga gagal memenangi mana-mana kejohanan Major dan di Bucharest Major menyaksikan prestasi mereka sangat tak memuaskan. LFY gagal meraih walau satu kemenangan di peringkat kumpulan dan ia memberi kesan kepada kedudukan mereka dalam Dota Pro Circuit.

Dalam satu temubual bersama VPesports, Pengurus LFY, Pan Fei menjelaskan hal ini. Kata beliau, masalah komunikasi menyebabkan Ohaiyo sukar untuk bekerjasama.

“Bahasa Cina beliau dah bagus untuk percakapan hari-hari tapi bila dalam bab berkomunikasi dalam permainan, beliau tak biasa dengan cara skuad China berkomunikasi. Disebabkan itu, dia banyak kali gagal untuk berkomunikasi dengan ahli lain.” – Pan Fei.

Ohaiyo juga mungkin akan sertai team lain tak lama lagi. Jika masalah bahasa menjadi isu di sini, pada pendapat penulis beliau sesuai untuk skuad Eropah kerana tiada masalah berbahasa Inggeris ataupun belajar bagaimana pasukan China biasa berkomunikasi.

LFY bertanding dalam DPL Top major semalam dan akan menyertai kelayakan EPICENTER XL dan StarLadder i-League tak lama lagi.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+