OhMyV33nus yakin boleh menempah slot ke M4 dan tayang skin Estes Blacklist International

Johnmar Villaluna atau OhMyV33nus yakin akan berjaya menempah slot ke kejohanan dunia Mobile Legends, M4 bersama pasukannya, Blacklist International dan menunjukkan skin terbaru Estes Blacklist International.

Pada satu penstriman langsung pada 16 Ogos, mereka menunjukkan skin itu kepada peminat dan mempamerkan efek kuasanya dalam permainan.

Kini, skin itu mula dijual pada harga asal 899 Diamonds. Estes menggunakan persalinan yang bertemakan warna hitam dan putih berserta hiasan berlian. Karakter berambut putih ini sinonim dengan V33nus yang juga kapten skuad Filipina itu.

“Kami berterima kasih kepada peminat yang sudah membeli skin ini. 

“Sokongan anda memberi inspirasi kepada kami untuk lakukan yang terbaik musim ini dan membawakan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan jadi kami boleh mewakili negara ke M4 dan menggunakan skin signature ini,” kata Johnmar.

Dua pasukan dari MPL Filipina musim kesepuluh akan bertanding di M4 di Jakarta, Indonesia pada 1 Januari hingga 15 Januari 2023.

Setakat minggu kedua, Blacklist masih lagi menduduki tangga teratas carta.

RELATED NEWS

+