OlliOlli World akan dilancar pada 9 Februari 2022

OlliOlli World adalah permainan aksi papan luncur, dijadualkan akan dilancarkan pada 9 Februari buat platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S. Xbox One, PC melalui Steam dan Nintendo Switch.

Roll7, pembangun OlliOlli World, menyatakan permainan ini sebuah permainan aksi yang merentasi dunia 3D yang menarik dan aneh, sementara menyelesaikan misi dan cabaran selain bertemu-rakan rakan baharu. 

“Anda boleh menyesuaikan karakter anda tersendiri, helah dan gaya permainan sementara meneroka di setiap peringkat dengan pelbagai laluan yang disediakan,” kata Roll7.

“Anda juga boleh mencabar dunia di League atau rakan-rakan anda untuk saingi helah papan luncur terbaik anda.”

OlliOlli World kini boleh dibuat tempahan di eShop Switch, Steam, PlayStation dan Xbox dengan harga sekitar RM95.00 bagi versi biasa dan Edisi Rad dengan harga RM143.00.

Sumber: EuroGamer.

 

RELATED NEWS

+