Omniscient Reader’s Viewpoint bakal diadaptasikan sebagai filem aksi nyata

Menurut pelbagai sumber, Omniscent Reader’s Viewpoint bakal diadaptasikan sebagai satu filem aksi nyata (live action).

Ini selepas beberapa pelakon terkenal dikhabarkan menerima tawaran untuk melakon watak dalam adaptasi itu.

Ia akan diketuai oleh pengarah Kim Byun Woo yang mempunyai pengalaman mengarah cerita aksi serta penuh saspens dan beliau akan dibantu oleh Realies Pictures.

Ahn Hyo Seop bakal memainkan watak Kim Dok Ja yang terkenal dengan drama Romantic Doctor Kim serta Business Proposal.

Ia bakal menjadi filem pertama untuk pelakon itu.

Lee Min Ho ditawarkan untuk melakonkan watak Yoo Joong Hyuk dan Chae Soo Bin dikatakan akan melakonkan watak Yoo Sang Ah jika beliau menerima tawaran itu.

Namun begitu, filem ini masih dalam fasa pembangunan dan tiada berita mengenai tarikh pelancarannya lagi.

Omniscent Reader’s Viewpoint merupakan satu novel ringan (light novel) yang ditulis oleh UMI dan dilukis oleh Sleepy-C.

Ia mengisahkan Kim Dok Ja, peminat web novel yang tiba-tiba berada di dalam novel yang dibacanya iaitu “Three Ways to Survive The Apocalypse.”

Sumber: Anime Senpai

RELATED NEWS

+