ONE Championship Lancar ONE eSports, Labur USD50 Juta Bersama Razer & Singtel

ONE Championship menempah masuk ke gelanggang esports pula.

Sebuah organisasi media sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) terkenal, ONE Championship melancarkan ONE eSports untuk menghasilkan kejohanan esports terbesar dunia digelar sebagai eSports Championship Series. ONE eSports juga memeterai perjanjian persefahaman bersama Dentsu Inc., Razer, dan Singtel.

ONE Championship akan suntik pelaburan sebanyak USD$50 juta dengan hasil persefahaman bersama pemain utama dalam industri esports di rantau Asia. Kejohanan esports akan menampilkan pelbagai game popular esports merentasi Asia dan akan dijayakan seiring bersama-sama kejuaraan ONE Championship pada tahun 2019.

Sejak awal tahun ini, ONE Championship sudah umum 30 acara seni mempertahankan diri bertaraf global untuk negara Asia seperti Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Tokyo, Seoul, Jakarta, Shanghai, Beijing, Manila dan banyak lagi. 

ONE eSports akan menerbitkan kandungan esports dalam bentuk siaran langsung, dokumentari, rancangan realiti, rancangan majalah mingguan, highlights, blog video dan pelbagai kandungan menerusi penyiaran media global yang akan disiarkan ke 138 negara.

Demetrious “Mighty Mouse” Johnson

Selain itu, bekas juara UFC Flyweight dan seorang gamer tegar, Demetrious “Mighty Mouse” Johnson dilantik sebagai duta utama (Chief Brand Ambassador) untuk ONE eSports. 

Dentsu, sebuah agensi pengiklanan antarabangsa berpengkalan di Jepun akan bertanggungjawab untuk menarik minat game developer dari Jepun untuk kejohanan ONE eSports. Jadi, mungkin kita akan melihat fighting game popular seperti Street Fighter, Tekken, Guilty Gear dan macam-macam lagi di kejohanan nanti!

Razer akan berkongsi pengalaman mengendalikan acara esports melalui eSports Mogul dan menyediakan Razer Pay sebagai satu platform bayaran untuk tiket kejohanan ONE eSports & barangan cenderamata. Kejohanan ini juga akan menampilkan atlit Team Razer eSports dan ONE Championship untuk mempromosikan ke peminat MMA dan gamers seluruh Asia.

Singtel pula akan menyediakan kemudahan talian yang luas dengan capaian 700 juta pelanggan merentasi Singapura, Australia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India untuk mempromosikan kejohanan ONE eSports.

Memetik kenyataan CEO ONE Championship, Chatri Sityodtong berkata kejohanan ONE eSports akan meraikan hero esports Asia di pentas antarabangsa, “Saya sangat berbesar hati untuk mengumumkan ONE eSports, sebuah kejohanan global eSports Championship Series. Kejohanan ini akan menggabungkan peminat seni mempertahankan diri dan gamers di Asia.”

Sementara itu, pengarah Content Business Design Center Dentsu, Shuntaro Tanaka merasakan kerjasama dengan ONE Championship mampu menjalinkan hubungan dalam industri esports yang berkembang pesat ini antara Jepun dan seluruh Asia. “Ini adalah peluang terbaik bagi ONE Championship dan Dentsu untuk menyertai ruang pasaran membangun di Asia dan menyediakan pelbagai platform kandungan untuk memperluaskan peluang bisnes dan jualan,” kata Tanaka.

Untuk mengetahui kejohanan ONE eSports, korang boleh layari laman rasmi ONE Championship atau pergi ke laman Facebook.

RELATED NEWS

+