ONE Esports anjur Warzone Heroes Showdown!

ONE Esports dengan kerjasama Activision Blizzard kali ini menganjurkan sebuah acara khas, Warzone Heroes Showdown.

Warzone Heroes Showdown ini akan memperlihatkan strimer selebriti daripada negara-negara Asia Tenggara akan bersaing sesama sendiri di peta Call of Duty Warzone Pacific, Caldera yang akan dilancarkan secara rasmi 9 Disember ini.

Acara ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Disember ini, 2.00 petang waktu Malaysia.

Ia juga akan melibatkan 17 streamer daripada negara Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand yang mana mereka akan bersaing untuk mendapatkan sebahagian daripada hadiah terkumpul berjumlah AS$10,000 (RM41,500).

Bagi anda yang berminat untuk saksikan Warzone Heroes Showdown, anda boleh saksikan pada 11 dan 12 Disember ini, pukul 2.00 petang di saluran Facebook, Twitch, Twitter dan YouTube ONE Esports. 

Untuk maklumat lanjut sila layari SINI

RELATED NEWS

+