ONE Esports Dota 2 Jakarta Invitational Tawarkan Hadiah Terkumpul RM2 Juta – Daftar Sekarang!

Pasukan Dota 2 berpeluang untuk beraksi di pentas kompetitif menerusi acara ONE Esports Dota 2 Jakarta Invitationals yang sudah pun membuka pendaftaran sejak dua hari lepas hingga 14 Februari ini.

Korang akan bertarung merebut hadiah terkumpul AS$500,000 (kira-kira RM2 juta) bersama tujuh pasukan lain di playoff.

Tapi sebelum itu, ada enam kelayakan nasional perlu dilepasi (Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipiana dan Vietnam). Kejohanan ini nampaknya tertumpu kepada enam negara Asia Tenggara.

Mengikut butiran ditemui di laman web rasmi mereka, satu pasukan dari enam negara ini akan berentap di kelayakan LIVE REGIONALS yang diadakan di dua lokasi ini:

  • Sunway Pyramid, Malaysia pada 7 hingga 8 Mac 2020
  • Pusat membeli belah Taman Anggrek, Jakarta, Indonesia pada 14 hingga 15 Mac 2020

Di playoff pada 18 April hingga 19 April nanti, 10 pasukan jemputan (belum diumumkan) akan bertanding bersama 2 slot ekstra dari kedua kelayakan LIVE REGIONALS ini. 

Cipta dulu akaun Battlefy untuk mendaftar ke acara di LINK ini.

RELATED NEWS

+