Onic Esports bubar roster Wild Rift

Organisasi e-sukan Indonesia, Onic Esports rasmi membubarkan roster Wild Rift mereka selepas empat bulan.

Dalam satu ciapan, Onic mengucapkan terima kasih atas sumbangan kepada kesemua pemain dan mengharapkan kejayaan untuk mereka di masa akan datang.

Difahamkan, skuad ini memperoleh gelaran juara di SEA Icon Series 2021: Summer Indonesia pada Jun lepas. 

Mereka juga dapat mewakili Indonesia di kejohanan Summer Super Cup 2021.

Peminat pastinya sedih dengan berita ini. Namun, apa yang pasti akan ada organisasi baru bakal merekrut mereka memandangkan prestasi pemain-pemain ini cemerlang.

Foto: Afkgaming

RELATED NEWS

+