Onic Esports masih gagah, kemenangan bersih 2-0 ke atas Rebellion Genflix

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan pertama:

REBELLION GENFLIX

  • Huba – Pharsa
  • Vall- Popol and Kupa
  • Jlonotwow – Esmeralda
  • Sugar – Natan
  • B1rul – Ruby

ONIC ESPORTS

  • Butsss – Tamuz
  • CW – Phoveus
  • Sanz – Ling
  • Kiboy – Chou
  • Drian – Lunox

PERLAWANAN PERTAMA

Permainan dimulakan menyaksikan Kiboy bermain secara agresif untuk menganggu farming Sugar, namun beliau berjaya ditangkap oleh B1rul dan Vall yang datang memberikan bantuan lalu berjaya mendapat first blood. Turtle pertama berjaya didapatkan pasukan Rebellion di atas tindakan Huba menggunakan feathered air strike tepat pada sasarannya. Onic Esports kehilangan 4 orang ahli di dalam pertarungan itu.

Rebellion Genflix terus mengganas, mereka mencari kill demi kill dan berjaya mendapatkan turret di bahagian bawah pada minit ke-3 permainan. Genflix sekali lagi memaksa pertarungan berlaku di kawasan turtle, Onic Esports berjaya merampas turtle kedua kali ini dan kedua-dua pasukan masing-masing kehilangan 3 orang ahli. Ianya suatu pertukaran yang menguntungkan pasukan Onic kali ini kerana Sanz berjaya menyelamatkan diri beliau.

Sanz terus mengganas selepas berjaya menumbangkan 3 orang ahli Genflix di turtle yang ke-3, beliau mendapatkan double kill menggunakan tempest of blades di bahagian atas sewaktu Sugar dan Jlo cuba untuk mempertahankan turret itu. Onic Esports berjaya mengambil semula momentum yang diperlukan dan mereka terus mendominasi untuk mengawal peta dan mencuri buff milik Genflix. 

Lord pertama berjaya diambil pasukan Onic Esports tanpa sebarang gangguan, Genflix kian panik untuk mencari momentum bagi membalas kembali serangan pasukan Onic. Meskipun mereka mampu mempertahankan base mereka, Genflix tidak mampu menghalang Lord kedua yang sekali lagi berjaya diambil pasukan Onic. Onic kemudiannya memenangi perlawanan pada minit ke-17.

Untuk memudahkan para pembaca, penulis ingin berkongsi hero yang digunakan oleh setiap pemain pada perlawanan kedua:

REBELLION GENFLIX

  • Huba – Rafaela
  • Vall- Jawhead
  • Jlonotwow – Benedetta
  • Sugar – Cyclop
  • B1rul – Esmeralda

ONIC ESPORTS

  • Butsss – Balmond
  • CW – Kagura
  • Sanz – Ling
  • Kiboy – Popol and Kupa
  • Drian – Chou

PERLAWANAN KEDUA

Permainan kedua diteruskan dengan tindakan agresif Drian dan Kiboy mengepung orange buff yang bakal diambil oleh Sugar, susulan daripada itu, Vall menjadi korban dibunuh oleh Drian dan Kiboy berjaya ditumbangkan oleh Jlo yang datang memberikan bantuan. Pada minit ke-2, pertarungan berlaku di bahagian tengah lane selepas Drian memaksa fokus pasukan Genflix kepadanya sementara Sanz mengambil peluang itu untuk mendapatkan turtle dengan bantuan Butsss.

Onic Esports meneruskan momentum mereka apabila mendapat kill demi kill selepas turtle kedua berjaya didapatkan oleh mereka. Mereka cuba menguasai peta dengan kelebihan mobiliti yang dimiliki oleh Sanz. Pada minit ke-7 sahaja, Onic Esports sudah mempunyai kelebihan gold sebanyak 6 ribu. Mereka terus mengejar objektif dengan menghancurkan turret di bahagian bawah dan mengambil turtle ketiga. Kelebihan itu digunakan sebaiknya oleh Onic Esports untuk menumbangkan kesemua ahli pasukan Genflix di peta Land of Dawn.

Sanz terlalu kuat ketika ini, beliau berjaya menahan pasukan Rebellion dari mengambil Lord serta membunuh 4 ahli pasukan itu hasil dari bantuan rakan-rakannya. Onic Esport kemudiannya menamatkan permainan selepas Genflix gagal untuk mempertahankan base mereka dari serangan. Onic Esports berjaya memperolehi kemenangan bersih 2-0.

RELATED NEWS

+