Pasukan Gergasi Indonesia, ONIC Esports menempah slot ke MSC 2023 selepas menewaskan Alter Ego dengan skor 3-0 di Upper Bracket Final di MPL Indonesia."> Pasukan Gergasi Indonesia, ONIC Esports menempah slot ke MSC 2023 selepas menewaskan Alter Ego dengan skor 3-0 di Upper Bracket Final di MPL Indonesia." /> Pasukan Gergasi Indonesia, ONIC Esports menempah slot ke MSC 2023 selepas menewaskan Alter Ego dengan skor 3-0 di Upper Bracket Final di MPL Indonesia." />

ONIC Esports pasukan pertama layak ke MSC 2023

Pasukan Gergasi Indonesia, ONIC Esports menempah slot ke MSC 2023 selepas menewaskan Alter Ego dengan skor 3-0 di Upper Bracket Final di MPL Indonesia.

ONIC Esports sangat dominan di dalam ketiga-tiga perlawanan di dalam siri ini dan mereka tidak membenarkan Alter Ego bermain dengan cara permainan mereka.

Tiga hero iaitu Claude, Joy dan Faramis sudah dikenakan  ban keluar di siri ini.

ONIC Esports hanya kalah satu siri semasa musim liga dan mereka masih kekalkan rekod kemenangan dengan skor 3-0 di Playoffs menentang EVOS Legends dan Alter Ego.

Mereka akan berlawan dengan pemenang di Lower Bracket Final di antara Alter Ego dan EVOS Legends.

Salah satu pasukan ini akan bertemu semula dengan ONIC Esports di Grand Final dan cuba untuk membalas dendam selepas tewas di pusingan awal playoffs.

RELATED NEWS

+