ONIC ID mencari bakat baru di dalam divisi MLBB

ONIC ID adalah salah satu pasukan yang mempunyai pencapaian yang memuaskan di tahun 2021. Mereka berjaya mendapatkan kemenangan di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia musim kelapan.

Selain itu, pasukan ini berjaya menundukkan pasukan terkuat dari Filipina iaitu Blacklist International di peringkat akhir Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021.

Kini mereka mengumumkan pengambilan terbuka buat divisi MLBB. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi ONIC Esports.

Syarat-syarat utama adalah individu itu harus berusia di atas 16 tahun dan juga memiliki rank 2000 mata mythic

Sudah banyak pasukan yang mula merekrut bakat-bakat baru untuk digilap menjadi lebih hebat ketika ini. Sebelum ini EVOS Legends juga melakukan perkara yang sama.

RELATED NEWS

+