OnTheGo dilantik sebagai duta Team Secret

OnTheGo “Partibhan Petchayappen” adalah pengurus untuk pasukan Team Secret Malaysia divisi PUBG Mobile. Beliau juga dikenali sebagai caster tersohor di dalam komuniti PUBG Malaysia.

Sebut sahaja nama beliau, pasti ramai di antara peminat yang kenal dengan telatahnya dan bertenaga ketika melakukan casting di Liga Profesional Pubg Mobile (PMPL).

Selepas berita menyedihkan tentang beliau berhenti sebagai pengurus pasukan PUBG Mobile untuk Team Secret, Kini mereka sekali lagi mengumumkan beliau akan dilantik sebagai duta dan akan mengetuai projek khas untuk organisasi itu.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram Team Secret. Dengan itu, hubungan Team Secret dan OTG akan lebih erat lagi dan beliau akan membantu Team Secret untuk hari-hari yang mendatang.

Tahniah diucapkan kepada Partibhan!

RELATED NEWS

+