Onthego Productions menganjurkan kelas matematik tambahan untuk calon SPM tahun ini

Bahang perperiksaan kebangsaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kian terasa apabila tarikh perperiksaan makin hampir. Sebagai seorang pelajar bertanggungjawab, ia perkara biasa untuk mengorbankan pelbagai aktiviti agar dapat menjalankan ulangkagi pelajaran dengan optimum.

Sebagai gamers pula, ia menjadi keperluan untuk skor dengan baik agar tidak kita tidak mendapat pandangan serong dari ibubapa serta masyarakat.

Pengulas PUBG Mobile, Onthego Productions memahami bahawa ramai pelajar menghadapi cabaran apabila menyelesaikan masalah matematik tambahan. Oleh itu, dia menawarkan kelas atas talian melalui aplikasi Telegram.

Menurut sebuah perkongsian di Facebook, kelas itu akan menumpukan beberapa aspek penting dalam subjek seperti berikut:

  • Kepentingan subjek
  • Penerangan konsep
  • Contoh-contoh soalan SPM serta jawapan
  • Latihan 
  • Tugasan kerja rumah

Kelas atas talian bermula hari ini dan akan berlangsung pada setiap hari Isnin, Rabu, dan Jumaat pada pukul 5PM. Bagi yang tidak dapat menyertai kelas tambahan ini, jangan bimbang kerana Onthego Productions akan menawarkan ulang tayang bagi kelas-kelas yang terlepas.

Tidak perlu dikatakan lagi bahawa matematik tambahan adalah salah satu subjek yang paling sukar. Jadi, ia amat bermakna bagi komuniti peminat permainan video untuk membantu satu sama lain dalam mata pelajaran.

Anda boleh menyertai siaran Telegram itu melalui pautan ini.

Sumber rujukan: Facebook

RELATED NEWS

+