OPI Esports menghadapi kecaman gara-gara tarian tiktok yang meresahkan

Opi Esports terkenal dengan gaya mereka yang membawa tarian seksi di Tiktok dan juga Instagram. Mereka juga mempunyai divisi Mobile Legends dan pernah tampil di MDL Indonesia.

Namun begitu, ramai di antara netizen Indonesia kurang senang dengan organisasi ini apabila mereka menerapkan elemen tarian seksi di Tiktok dengan membawa nama e-sukan.

Justeru, pengulas, bro_pasta meluahkan kebimbangan beliau di Instagram Story miliknya. Menurut bro_pasta “E-sukan ini sudah lama meningkat naik dengan hasil penat lelah dari pejuang e-sukan untuk mencari penaja dan membuat event.

“Akan tetapi, ini menjadi perhatian kepada saya kerana sudah ada orang yang menganggap bahawa e-sukan itu adalah tarian seksi di Tik Tok itu ya?” tambah beliau.

Selain itu, bro_pasta juga berharap jika benar ingin melakukan tarian itu, ia seharusnya dibuat di dalam akaun milik duta Opi Esports sendiri dan bukan dipertotonkan secara umum di Instagram Opi Esports.

Sumber: emak_moba

RELATED NEWS

+